
PROGRAM ENFORCEMENT CARD (E-KAD)
Add some info about this item
Program Enforcement Card (E-Kad) membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara sah. E-Kad yang berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan sah dan memberi peluang kepada PATI tanpa dokumen yang sah dan bekerja secara haram di Malaysia. Program ini terbuka hanya kepada PATI di Semenanjung Malaysia dan hanya kepada mereka yang mempunyai majikan tergolong dalam lima sektor ekonomi yang telah ditetapkan. Lima sektor ekonomi yang telah dikenalpasti memerlukan pekerja asing adalah sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan, perkilangan dan pertanian.
E-Kad berkenaan hanya sah sehingga 15 Feb tahun hadapan dan dalam tempoh itu PATI serta majikan perlu mendapatkan pasport dan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan masing-masing bagi tujuan pemutihan.
SYARAT PROGRAM ENFORCEMENT CARD (E-KAD)
Add some info about this item
PATI mesti mempunyai majikan, tidak mempunyai rekod jenayah, rakyat dari negara sumber yang dibenarkan, tiada kes lari dari majikan dan lulus pemeriksaan kesihatan.
Antara syarat bagi majikan pula, mereka mesti di bawah sektor dan sub sektor yang dibenarkan sahaja, tidak tersenarai dalam senarai digantung urusniaga atau senarai hitam KDN dan Imigresen
SENARAI SEMAK PROGRAM ENFORCEMENT CARD (E-KAD)
Add some info about this item