top of page

PENGENALAN BUKTI MEGAH SDN. BHD.

  • Syarikat Bukti Megah Sdn. Bhd. berpusat di Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim dan mula beroperasi pada April 2014, yang telah diberi kepercayaan bagi melaksanakan OSC (One Stop Centre / Pusat Sehenti Setempat)  di Malaysia dan Myanmar secara persetujuan 'G To G' (Gorvement To Gorvement) dengan penyeliaan kerajaan Malaysia dan kerajaan Myanmar serta menguruskan Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi warganegara Myanmar yang dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.

  • Pada tahun 2015, syarikat Bukti Megah Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dari kerajaan untuk pembukaan OSC di Yangon,Myanmar untuk menguruskan permohonan visa Malaysia di Myanmar di samping menguruskan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi warganegara Myanmar dan Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi warganegara Myanmar.

 

  • Kini, pada tahun 2017, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri, Malaysia juga telah memberi kepercayaan kepada syarikat Bukti Megah Sdn. Bhd. untuk mengendalikan Program Secara Sukarela Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi 15 Negara Sumber dan Program Penghantaran Pulang Secara Sukarela Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi warganegara Myanmar dan juga 14 Negara Sumber yang lain.

 

TANGGUNGJAWAB 

  • Menguruskan permit kerja tenaga pekerja asing 15 negara sumber untuk semua sektor secara berterusan.

 

  • Kemudahan majikan mendapatkan tenaga pekerja asing 15 negara sumber secara sah dan diakui oleh pihak kerajaan.

 

  • Memudahkan dan mempercepatkan urusan berkaitan permit kerja tenaga pekerja asing 15 negara sumber dengan penyelarasan di antara pelbagai pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pihak berkuasa kedutaan yang bertanggungjawab ke atas pekerja tersebut.

 

  • Kemudahan kebajikan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tidak berkemampuan ( dari segi kesihatan dan kes-kes tertentu ).

 

  • Meningkatkan perhubungan di antara majikan dengan pekerja asing 15 Negara Sumber dengan meningkatkan kefahaman dan keserasian pekerja dengan budaya Malaysia.

 

  • Memantau kesejahteraan pekerja dengan menyediakan Pusat Aduan Setempat (Call-Centre).

 

MATLAMAT

  • Menguruskan dan memberikan perkhidmatan setempat untuk semua urusan yang berkaitan dengan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi 15 Negara Sumber di Malaysia.

 

  • Mengelakkan majikan dan pekerja dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

  • Memastikan kebajikan pekerja terpelihara dengan memantau di sepanjang tempoh mereka bekerja di Malaysia.

  • Menawarkan perkhidmatan yang 'Betul Mudah Cepat'.

 

OBJEKTIF

 

  • Memperkemaskan proses Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI ) (15 negara sumber) melalui pendaftaran di Pusat Sehenti Pendaftaran  (Bukti Megah Sdn. Bhd.)

 

  • Menaikkan imej pengurusan korporat pekerja asing di mata negara sumber.

 

  • Merealisasikan matlamat dan sasaran polisi kerajaan.

 

  • Menjana dan membentuk sistem pengurusan yang lebih efisyen, sistematik, terancang dan fokus.

 

  • Meningkatkan taraf pengurusan profesional setaraf global dengan kaedah (TQM) ‘Total Quality Management’.

 

  • Memelihara nama baik negara di atas potensi permasalahan sosial dari pekerja asing.

 

  • Mengurangkan kos operasi negara di dalam mengurus selia hal berkaitan pekerja asing merangkumi aspek tenaga kerja / kakitangan, bahan peralatan keperluan, mesin-mesin serta SOP dan prosedur.

 

  • Membantu pihak kerajaan di dalam melaksanakan mekanisma untuk menyelesaikan permasalahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) (15 negara sumber) di Malaysia.

 

  • Membendung masalah pekerja asing dari menjadi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

 

MENGENAI KAMI

bottom of page