top of page

CARTA ALIRAN PROSES PENGHANTARAN PULANG SECARA SUKARELA 

•PATI TIDAK AKAN DISENARAIHITAMKAN DARIPADA MEMASUKI NEGARA SEKIRANYA TELAH DISAHKAN MEMPUNYAI MAJIKAN DAN DIBENARKAN UNTUK KEMBALI KE MALAYSIA JIKA MEMPUNYAI DOKUMEN PERJALANAN YANG BERSESUAIAN DAN MEMPUNYAI VISA DENGAN RUJUKAN (VDR).

MAKLUMAT PATI 

(PENGHANTARAN PULANG SECARA SUKARELA)

  • PATI perlu melengkapkan Borang Maklumat yang boleh didapati di Kaunter Pertanyaan.

 

  • PATI haruslah mempunyai passport yang masih hidup atau CI (Certificate Identification: diperolehi dari Kedutaan Myanmar).

 

  • PATI haruslah mempunyai tiket penerbangan (sekiranya tiket belum dibeli oleh PATI, PATI boleh menempah tiket penerbangan di Kaunter) dan juga wang pembayaran sebanyak RM850 mencukupi.

 

  • Setelah borang lengkap dan wang mencukupi, nombor giliran diserah kepada PATI.

 

PEMBAYARAN DAN PENDAFTARAN

  • Pembayaran dibuat di Kaunter Pendaftaran.

 

  • Resit pembayaran akan dikeluarkan kepada PATI.

 

  • Pati perlu melakukan pendaftaran biometrik (Cap Jari) di kaunter OSC dan sijil pendaftaran perlu diserahkan kepada PATI. 

 

  • Satu Salinan dokumen perjalanan dan tiket perlu dibawa bersama pada hari pendaftaran Bio-metric (Cap Jari) di JIM(Jabatan Imigresen Malaysia).

 

  • Pati perlu mendapatkan tarikh Pendaftran (Cap Jari) di JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) negeri masing-masing. 

 

PENDAFTARAN BIO-METRIK DI JIM (JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA) DAN PENYERAHAN MEMO PERIKSA KELUAR (CHECK-OUT MEMO)

  • Petugas di JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) perlu memastikan semua PATI hadir di JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) sebelum jam 9.00 pagi.

 

  • Petugas perlu menyerahkan wang kompaun sebanyak RM400 kepada PATI bagi bayaran kompaun dan Pas Khas.

 

  • Memastikan dokumen dan wang mencukupi sebelum menyusun atur PATI untuk membuat urusan Bio-Metrik di kaunter JIM (Jabatan Imigresen Malaysia).

 

  • Petugas di JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) perlu menunggu Memo Keluar(Check-out Memo) dikeluarkan. Salinan perlu dibuat untuk diserahkan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan dokumentasi dan Memo asal diserahkan kepada PATI untuk pulang sebelum tarikh yang dinyatakan di dalam Memo Keluar tersebut.

 

 PENGENDALIAN PATI UNTUK PULANG

  • Calon Pekerja Asing / PATI yang telah mendapatkan Memo Keluar boleh terus pulang mengikut terminal pelepasan seperti di tiket masing-masing.

 

  • Ketua Jabatan hendaklah melantik mana-mana kakitangan untuk membuat panggilan susulan kepada Calon Pekerja Asing / PATI atau majikan bagi tujuan memastikan Calon Pekerja Asing / PATI pulang dalam tempoh yang sepatutnya.

 

bottom of page